AdSense

Search Meh!

Amz 2

Thursday, May 24, 2012

Form 5 Principles of Accounts Folio - PART 1

The complete Form 5 folio for the Principles of Accounts subject. Some sections can be referred from the Form 4 folio.

PART 1

Pengenalan kepada Perniagaan
Saya, seorang peniaga bernama (name), telah memulakan sebuah perniagaan berbentuk milikan tunggal. Perniagaan saya melibatkan urusan menjual perabot dan operasi perniagaan saya terdapat di bandaraya Kuala Lumpur. Perniagaan ini bersambung dengan kemasukan modal sebanyak RM 60,000 dan saya juga telah menggaji seorang pekerja dengan gaji sebulan sebanyak RM 1,200 untuk mengerjakan operasi perniagaan ini. Antara jenis perabot yang saya jual ialah bean tas, bangku, pelamin, kerusi malas, sofa ,tinja, kerusi, meja kopi, meja tulis, meja lipat, almari dan katil yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti plastik, kaca, logam, rotan dan kayu.
Sebab-sebab saya memilih perniagaan jenis ini ialah seperti berikut:
a)      Saya mempunyai pengetahuan yang dalam tentang reka bentuk perabot dan fungsinya. Ini membolehkan saya memenuhi keperluan orang yang pelbagai yang hendak membeli perabot.
b)      Perniagaan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak.
c)      Kurang perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain.
d)     Perniagaan ini berpotensi membuahkan keuntungan yang banyak.
Kelebihan menjalankan perniagaan kedai perabot ini ialah:
a)      Semua penduduk pada zaman ini memerlukan perabot untuk kesenangan hidup mereka.
b)      Perabot dapat diperoleh dalam banyak bentuk dan reka yang berbeza dan menarik.
c)      Perniagaan menjual perabot ini dapat didirikan hampir di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut mempunyai banyak tempat kediaman dan perniagaan yang lain seperti di ibu kota negara.
d)     Terdapat pasaran yang luas di bandaraya Kuala Lumpur. Ramai penduduk Kuala Lumpur inginkan rumah-rumah yang dihias mewah dengan perabot dan mampu membeli perabot untuk menghias rumah mereka.
Perniagaan yang saya telah jalankan mempunyai risiko-risiko tertentu yang dapat menjejaskan perniagaan keseluruhannya seperti mendapat populariti perniagaan. Tanpa populariti yang kukuh, perniagaan saya akan berjalan dengan lebih lambat dan mungkin terbantut. Di samping itu,kompetisi dengan kedai perabot yang lain dapat memudaratkan perniagaan saya. Saya juga mempunyai risiko kebakaran kerana barang niaga saya mudah terbakar. Terdapat risiko sistem perpaipan akan bocor dan barang niaga saya akan terdedah kepada risiko dirosakkan akibat air. Kawasan bandaraya Kuala Lumpur juga terdedah kepada risiko banjir dan ini mendedahkan lagi barang niaga saya kepada risiko dirosakkan air.




Profil Perniagaan
i.
Nama Perniagaan
(name) Furniture and Furnishings

ii.
Nama Pemilik
(name)

iii.
Lokasi/Alamat
57 Jalan Metro Perdana Timur 9, Kepong Enterpreneur's Park, 52100 Kuala Lumpur.

iv.
Jenis Perniagaan
Milikan Tunggal(Kedai Perabot)

v.
Tempoh Perakaunan
1 Tahun(1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011)

vi.
Tempoh Rekod
1 Bulan (1 Januari 2011 hingga 31 Januari 2011)

vii.
Modal Perniagaan
RM 60,000

viii.
Jumlah Pekerja
1 Orang

ix.
Status Perniagaan
Menyambungkan perniagaan

x.
Nama dan Alamat Bank
5 HSBC Bank Malaysia Berhad, No. 2, Leboh Ampang, Bangunan HSBC, 50100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

xi.
Nombor Akaun
1238-7546-5783







No comments:

Post a Comment

All readers are welcome to Comment. Comments will be moderated before they are gazetted.